Malaysia legislation

Section 45

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 45

(1)

Tiap-tiap orang termasuklah penasihat undang-undang orang tahanan dan kenderaan yang memasuki atau meninggalkan tempat tahanan hendaklah diperiksa dan digeledah, dan mana-mana orang yang disyaki membawa apa-apa barang yang dilarang ke dalam tempat tahanan, atau membawa keluar apa-apa barang yang dilarang atau apa-apa harta kepunyaan tempat tahanan, hendaklah ditahan dan dilaporkan serta-merta kepada Pegawai yang Menjaga.

(2)

Pegawai yang Menjaga boleh enggan untuk menerima masuk ke tempat tahanan orang yang tidak rela badannya, kenderaan dan barang yang dibawa olehnya diperiksa atau digeledah, atau kelakuannya tidak sesuai dan tidak berpakaian sopan.

(3)

Pegawai yang Menjaga boleh mengarahkan supaya dikeluarkan dari tempat tahanan orang yang berkelakuan yang mengancam keselamatan atau yang kelakuannya tidak patut semasa berada di dalam tempat tahanan.

Penggunaan buku dan bahan bertulis oleh orang tahanan

Section 45 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015