Malaysia legislation

Section 55

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 55

Penapisan surat

(1)

Tiap-tiap surat kepada atau daripada seseorang tahanan hendaklah dibaca oleh Pegawai yang Menjaga atau oleh seorang pegawai penjara yang bertanggungjawab yang diwakilkan olehnya bagi maksud itu dan dalam budi bicara

Pegawai yang Menjaga tempat tahanan untuk menahan mana-mana surat atas alasan bahawa kandungannya adalah sangat tidak menyenangkan.

(2)

Apabila kandungan atau sebahagian daripada surat yang ditulis oleh orang tahanan itu pada pendapat Pegawai yang Menjaga sangat tidak menyenangkan, dia hendaklah—

(a)

memberi orang tahanan berkenaan suatu peluang untuk menulis surat itu semula; dan

P.U. (A) 206 33

(b)

jika kandungan surat yang ditulis semula itu atau sebahagian daripadanya masih lagi dianggap sangat tidak menyenangkan, memfailkan surat itu ke dalam Rekod selepas memaklumkan kepadanya bahawa dia telah kehilangan keistimewaannya bagi tempoh tertentu itu.

(3)

Apabila kandungan atau sebahagian daripada surat yang dialamatkan kepada orang tahanan itu pada pendapat Pegawai yang Menjaga sangat tidak menyenangkan, dia hendaklah—

(a)

mengembalikan surat itu kepada pengirim jika alamatnya diketahui; atau

(b)

jika alamat pengirim tidak diketahui, memusnahkan surat itu.

(3)

Bagi maksud peraturan ini, kandungan atau sebahagian daripada surat yang ditulis kepada atau daripada orang tahanan boleh didapati sebagai sangat tidak menyenangkan atas mana-mana atau semua alasan yang berikut:

(a)

kepentingan keselamatan negara;

(b)

pencegahan, pengesanan, penyiasatan atau pendakwaan jenayah;

(c)

kepentingan keselamatan awam;

(d)

menjamin atau mengekalkan keselamatan atau ketenteraman tempat tahanan dan tatatertib di tempat tahanan;

(e)

perlindungan kesihatan atau moral; atau

(f)

perlindungan hak dan kebebasan mana-mana orang.

P.U. (A) 206 34

Butiran lawatan dan kuasa Pegawai yang Menjaga

Section 55 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015