Malaysia legislation

Section 57

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 57

(1)

Orang tahanan boleh berhubung secara bertulis dengan penasihat undang-undangnya dan mana-mana mahkamah dan komunikasi itu hanya boleh dibuka, dibaca atau ditahan oleh Pegawai yang Menjaga mengikut peruntukan peraturan ini.

(2)

Apa-apa perhubungan secara bertulis yang baginya peraturan ini terpakai boleh dibuka jika Pegawai yang Menjaga mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ia mengandungi suatu lampiran haram dan apa-apa lampiran sedemikian hendaklah difailkan ke dalam Rekod atau dimusnahkan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(3)

Apa-apa perhubungan secara bertulis yang baginya peraturan ini terpakai boleh dibuka, dibaca atau ditahan jika Pegawai yang Menjaga mempunyai sebab yang

P.U. (A) 206 35

munasabah untuk mempercayai bahawa kandungannya membahayakan keselamatan tempat tahanan atau keselamatan orang lain atau selainnya bersifat jenayah.

(4)

Orang tahanan hendaklah diberi peluang untuk hadir apabila apa-apa perhubungan bertulis yang baginya peraturan ini terpakai dibuka dan hendaklah diberitahu jika perhubungan bertulis itu atau mana-mana lampiran akan dibaca atau ditahan.

(5)

Orang tahanan hendaklah, atas permintannya, dibekalkan dengan kertas dan segala bahan tulis lain yang perlu bagi maksud subperaturan (1).

(6)

Dalam peraturan ini, “lampiran haram” termasuklah apa-apa artikel yang pemilikannya tidak dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa perhubungan bertulis kepada atau daripada orang selain orang tahanan yang berkenaan, penasihat undang-undangnya atau mahkamah.

Lawatan oleh penasihat undang-undang

Section 57 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015