Malaysia legislation
Section 63
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 63
Pelawat
(1)
Perkiraan hendaklah dibuat supaya apa-apa permintaan oleh orang tahanan untuk berjumpa Komisioner Jeneral atau anggota Hakim Pelawat hendaklah direkodkan oleh pegawai penjara yang kepadanya perkiraan itu dibuat dan disampaikan tanpa kelengahan kepada Pegawai yang Menjaga.
(2)
Pegawai yang Menjaga hendaklah memaklumkan Komisioner Jeneral atau anggota Hakim Pelawat pada lawatan seterusnya ke tempat tahanan tersebut tentang tiap-tiap permintaan orang tahanan untuk berjumpa dengannya.