Malaysia legislation
Section 68
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 68
Kesalahan kecil
Berikut adalah kesalahan kecil:
(a)
bercakap semasa waktu latihan atau bercakap dengan kuat, ketawa atau menyanyi pada bila-bila masa selepas diarahkan oleh pegawai penjara untuk dihentikan;
(b)
bertengkar dengan mana-mana orang tahanan lain;
(c)
menyembunyikan atau memiliki apa-apa jua pun barang yang dilarang atau barang yang tidak dibenarkan;
(d)
menunjukkan sikap tidak hormat kepada mana-mana pegawai penjara atau kakitangan penjara lain atau pelawat rasmi;
P.U. (A) 206 39
(e)
melakukan apa-apa bentuk provokasi terhadap mana-mana orang tahanan lain;
(f)
melakukan apa-apa perhubungan, sama ada secara bertulis, lisan, atau selainnya dengan mana-mana orang dengan mengingkari
Peraturan-Peraturan ini atau Perintah Tetap;
(g)
tidak membantu mengekalkan tatatertib dengan melaporkan apa-apa kesalahan tempat tahanan, atau tidak memberikan bantuan kepada pegawai penjara apabila diminta untuk berbuat demikian;
(h)
melakukan apa-apa perbuatan atau menggunakan apa-apa bahasa yang dikira menyinggung perasaan dan memudaratkan mana-mana orang tahanan yang lain;
(i)
melakukan apa-apa perbuatan yang dikira menimbulkan apa-apa kegemparan yang tidak perlu dalam fikiran mana-mana orang tahanan atau mana-mana pegawai penjara atau kakitangan penjara lain;
(j)
meninggalkan, tanpa kebenaran pegawai penjara, kumpulan yang disertainya, atau bahagian tempat tahanan yang di dalamnya dia dikurung;
(k)
meninggalkan, tanpa kebenaran pegawai penjara, wad, halaman, tempat dalam barisan, tempat duduk atau mana-mana tempat yang diuntukkan kepadanya;
(l)
merayau di sekitar halaman atau berlegar-legar dalam wad apabila kedua-duanya dibuka;
(m)
tidak atau enggan berkawad dalam barisan apabila bergerak di sekitar tempat tahanan atau pergi atau balik daripada latihan;
P.U. (A) 206 40
(n)
memakan atau mengambil apa-apa makanan yang tidak diuntukkan kepadanya atau mengambil daripada atau menambah kepada hidangan yang diuntukkan kepada orang tahanan lain;
(o)
memberikan atau menjual kepada, atau bertukar-tukar dengan, mana-mana orang tahanan lain, mana-mana bahagian makanannya sendiri;
(p)
mengalihkan tanpa kebenaran pegawai penjara makanan dari dapur atau dari tempat di mana makanan disediakan, atau mengingkari apa-apa arahan mengenai pengeluaran dan pengagihan makanan dan minuman;
(q)
dengan sengaja memusnahkan makanan atau membuangnya tanpa perintah pegawai penjara;
(r)
memasukkan ke dalam makanan atau minuman apa-apa benda yang mungkin menjadikannya tidak sedap atau tidak menyihatkan;
(s)
tidak atau enggan memakai pakaian yang diberikan kepadanya, atau bertukar-tukar mana-mana bahagiannya dengan pakaian orang tahanan lain, atau menghilangkan, membuang, merosakkan atau mengubah mana-mana bahagiannya;
(t)
mengalihkan, mencacatkan atau mengubah mana-mana nombor, tanda atau lencana pengenalan;
(u)
tidak atau enggan menjaga kebersihan diri, atau mengingkari apa-apa perintah yang mengawal selia pengguntingan rambut;
(v)
tidak atau enggan menjaga pakaian, selimut, kelengkapan tempat tidur atau perkakas supaya bersih, atau mengingkari apa-apa perintah tentang perkiraan atau susunan barang itu;
P.U. (A) 206 41
(w)
mengganggu dengan apa-apa cara pada kunci, lampu atau pencahayaan tempat tahanan atau harta lain yang dengannya dia tiada kena mengena;
(x)
melakukan kacau ganggu di mana-mana bahagian tempat tahanan;
(y)
berludah di atas atau selainnya mengotori mana-mana lantai, pintu, dinding atau bahagian lain bangunan tempat tahanan atau mana-mana barang dalam tempat tahanan;
(z)
dengan sengaja mengotorkan mana-mana bahagian dalam tempat tahanan;
(aa)
merosakkan pokok-pokok dalam kawasan tempat tahanan;
(bb)
tidak atau enggan menjaga dengan munasabahnya segala harta tempat tahanan yang diamanahkan kepadanya;
(cc)
tidak melaporkan dengan serta-merta apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan olehnya kepada harta atau perkakas tempat tahanan;
(dd)
membuat apa-apa barang tanpa pengetahuan atau kebenaran pegawai penjara;
(ee)
melaksanakan mana-mana bahagian kerja yang diuntukkan kepada orang tahanan lain, atau mendapatkan bantuan orang tahanan yang lain dalam melaksanakan kerjanya sendiri tanpa kebenaran pegawai penjara;
(ff)
mencampurkan atau menambah apa-apa benda asing kepada bahan yang keluar bagi latihan;
(gg)
memaki atau menyumpah, atau menggunakan perkataan yang tidak sopan, keras, mengancam atau menghina;
P.U. (A) 206 42
(hh)
menyebabkan atau tidak membantu menghapuskan kekerasan atau apa-apa jenis keingkaran perintah;
(ii)
berkelakuan tidak bermoral, tidak senonoh atau tidak sopan;
(jj)
tidak atau enggan menolong mana-mana pegawai penjara dalam hal percubaan melarikan diri atau serangan ke atas pegawai penjara atau orang tahanan yang lain;
(kk)
malas atau enggan mengikuti latihan atau menunjukkan kecuaian dalam melakukan latihan yang diuntukkan kepadanya;
(ll)
mencacatkan dinding, perabot atau harta kerajaan;
(mm)
berpura-pura sakit;
(nn)
enggan menjalani rawatan perubatan;
(oo)
bersubahat melakukan apa-apa kesalahan kecil;
(pp)
apa-apa perbuatan atau peninggalan lain yang menjejaskan ketenteraman atau tatatertib, walaupun tidak dinyatakan dalam perenggan yang disebut terdahulu; dan
(qq)
percubaan untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut terdahulu.
Kesalahan besar