Malaysia legislation
Section 82
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 82
Alat belenggu
(1)
Alat belenggu seperti gari, rantai, besi dan baju pasung tidak boleh sama sekali digunakan sebagai hukuman atau belenggu kecuali dalam hal keadaan yang berikut:
(a)
sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kelarian;
(b)
atas alasan perubatan dengan arahan Pegawai Perubatan;
(c)
dengan perintah Pegawai yang Menjaga, jika kaedah-kaedah kawalan lain gagal, bagi menghalang orang tahanan daripada mencederakan dirinya atau orang lain atau daripada memusnahkan harta.
P.U. (A) 206 50
(2)
Corak dan cara penggunaan alat belenggu hendaklah ditentukan oleh
Komisioner Jeneral dan alat itu tidak boleh digunakan bagi apa-apa tempoh masa yang lebih lama daripada yang betul-betul perlu.
Pengurungan sementara dalam sel khas