Malaysia legislation
Section 85
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 85
Tindakan sekiranya ada kejadian kelarian
Apabila menerima laporan bahawa orang tahanan telah melarikan diri, Pegawai yang Menjaga hendaklah
(a)
memerintahkan supaya tempat tahanan dan kawasan yang berhampiran dengannya diperiksa dengan serta-merta;
(b)
memberitahu Komisioner Jeneral dengan serta-merta; dan
(c)
mengedarkan pemberitahuan mengenai kelarian itu dan perihalan orang tahanan itu kepada polis dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.
Pengawasan khas orang tahanan yang lepas lari