Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) 2012
Seksyen 3
Pindaan peraturan 5
(a)
dengan memasukkan selepas perenggan (1)(a) perenggan yang berikut:
“(aa) tempoh perkhidmatan lalu yang terputus disebabkan peletakan jawatan atau pelepasan jawatan bagi pekerja yang dilantik semula dalam perkhidmatan awam atau perkhidmatan Pihak Berkuasa
Berkanun atau Tempatan pada atau selepas 1 Januari 2012;”;
(b)
dalam proviso kepada perenggan (1)(g), dengan memasukkan selepas perkataan “yang terdahulu itu” perkataan “tetapi syarat mendapat pelepasan secara bertulis daripada pihak berkuasa berkenaan itu tidak terpakai bagi seseorang pekerja yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas perenggan (1)(j) perenggan yang berikut:
“(ja)
perkhidmatan seorang pekerja yang terputus pada atau sebelum 29 April 1997 kerana peletakan jawatan untuk menyertai perkhidmatan swasta sebelum kembali semula untuk berkhidmat dengan Kerajaan sebelum 1 Januari 2012, dengan syarat bahawa pekerja itu telah memilih opsyen Sistem Saraan Baru atau telah dilantik di bawah Sistem Saraan Baru atau apa-apa sistem saraan lain yang berkuat kuasa selepas itu;
4
(jb)
perkhidmatan seorang pekerja yang terputus pada atau selepas 30 April 1997 kerana peletakan jawatan atas sebab untuk menyertai perkhidmatan swasta sebelum kembali semula untuk berkhidmat dengan Kerajaan sebelum 1 Januari 2012, dengan syarat bahawa pekerja itu—
(i)
telah memilih opsyen Sistem Saraan Baru atau telah dilantik di bawah Sistem Saraan Baru atau apa-apa sistem saraan lain yang berkuat kuasa selepas itu; dan
(ii)
telah mendapat kelulusan bertulis daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk menyertai agensi swasta yang tertentu sebelum meletakkan jawatan;”.
Pindaan peraturan 6