Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024
Seksyen 3
(1)
Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Pengerusi Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Pengerusi Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya yang disebut di bawah subperaturan 2(2), mengeluarkan suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.
(2)
Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh tiga puluh hari bermula dari tarikh tawaran itu diterima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat atau apa-apa tempoh lanjutan yang boleh diberikan secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga atau mana-mana
P.U. (A) 302 3
pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh tiga puluh hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.
Penyetujuterimaan kompaun