Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024
Seksyen 5
Pembayaran kompaun
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu—
(a)
melalui kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank dipalang dengan perkataan
“Akaun
Penerima
Sahaja”
yang kena dibayar kepada
Pengerusi Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga; atau
(b)
melalui pemindahan wang secara elektronik.
(2)
Pembayaran kompaun yang dibuat di bawah perenggan (1)(a)
hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar prabayar kepada Pengerusi Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga di alamat yang dinyatakan dalam
Borang 2 Jadual Kedua.
P.U. (A) 302 4
(3)
Pengerusi Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.
(4)
Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah subperaturan (3)
hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik jika pembayaran dibuat melalui pemindahan wang secara elektronik sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b).
Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat