Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN) 2012

Seksyen 13

(1)

Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya.

(2)

Majlis boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subperaturan (1).

(3)

Majlis boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

P.U. (A) 457 8

(5)

Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa. meletakkan jawatan dengan memberikan suatu notis bertulis kepada Pengerusi.

(7)

Kecuali bagi anggota jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan anggota Majlis, seseorang anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subperaturan (10) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

(8)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam melaksanakan fungsinya di bawah peraturan ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Majlis.

(9)

Sesuatu mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(10)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

(11)

Majlis boleh memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

P.U. (A) 457 9

Dibuat 4 Disember 2012

[KP(BPPDP) R.800/013 Jld.3; PN(PU2)569/X]

TAN SRI DATO’ HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN

Menteri Pelajaran

P.U. (A) 457 10

EDUCATION ACT 1996

EDUCATION (NATIONAL EDUCATION ADVISORY COUNCIL) REGULATIONS 2012

----------------------------------------------------

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN) 2012