Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN) 2012
Seksyen 8
Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah peraturan 3 hendaklah menjadi kosong jika–
(a)
dia meninggal dunia;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan–
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan;
(c)
dia menjadi bankrap;
(d)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e)
dalam hal Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri;
(f)
dalam hal seorang anggota Majlis, selain Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi;
(g)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota
Majlis atau selainnya, ialah kelakuan yang mencemarkan Majlis;
P.U. (A) 457 6
(h)
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(i)
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Elaun