Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) (PINDAAN) 2021

Seksyen 8

Peraturan 10 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “darurat atau bencana alam” dengan perkataan “darurat, bencana atau penyakit berjangkit”;

(b)

dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:

P.U. (A) 417 6

“(2) Penutupan sekolah di bawah peraturan ini hendaklah diberitahu kepada Pendaftar secara lisan dan bertulis dengan serta-merta oleh guru besar atau pengetua.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(3)

Hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain melainkan jika diluluskan selainnya untuk tidak digantikan oleh

Pendaftar.

(4)

Walau apa pun subperaturan (3), hari yang sekolah itu ditutup atas arahan Kerajaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis tidak perlu diganti dengan hari yang lain.

(5)

Dalam peraturan ini, “penyakit berjangkit” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit 1988 [Akta 342].”.

Dibuat 12 November 2021

[KPM.PUU.S.100-1/19/7 Jld. 2 (2); PN(PU2)569/XIV]

DATUK DR. MOHD RADZI BIN MD JIDIN

Menteri Kanan Pendidikan

P.U. (A) 417 7

EDUCATION ACT 1996

EDUCATION (SCHOOL TERMS, DAYS AND HOLIDAYS) (AMENDMENT)

REGULATIONS 2021

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) (PINDAAN) 2021