Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“kelayakan akademik” ertinya apa-apa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada mana-mana orang oleh institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan dan berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“kelayakan ikhtisas” ertinya apa-apa kelayakan ikhtisas yang dianugerahkan kepada mana-mana orang oleh institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan dan berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“permit mengajar” ertinya permit untuk mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114 Akta Pendidikan 1996.