Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019

Seksyen 11

(2)

Pihak Berkuasa Keselamatan boleh mengarahkan mana-mana orang yang mengadakan program keselamatan yang diluluskan untuk mengubah program keselamatan itu berdasarkan kajian semula yang dibuat dalam tempoh yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan.

P.U. (A) 99 16

(3)

Mana-mana orang yang diarahkan di bawah subperaturan (2) hendaklah mengemukakan program keselamatan yang diluluskan sebagaimana yang telah diubah itu kepada Pihak Berkuasa Keselamatan untuk kelulusannya dalam tempoh yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan mengikut peraturan 29.

(4)

Walau apa pun subperaturan (1), Pihak Berkuasa Keselamatan boleh mengarahkan mana-mana orang yang mengadakan mana-mana program keselamatan yang diluluskan untuk menjalankan sendiri kajian semula terhadap program keselamatannya itu.

(5)

Mana-mana orang yang diarahkan di bawah subperaturan (4) hendaklah menjalankan kajian semula dan mengubah program keselamatannya yang diluluskan berdasarkan kajian semula itu dan mengemukakan program itu sebagaimana yang telah diubah itu kepada Pihak Berkuasa Keselamatan untuk kelulusannya dalam tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif mengikut peraturan 29.

Pematuhan kehendak program keselamatan dan pelan kontingensi yang diluluskan

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019