Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019

Seksyen 16

Pemeriksaan orang

(2)

Seseorang pengendali, pengendali aerodrom, pengendali darat atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab untuk menyediakan proses pemeriksaan hendaklah memastikan tiada seorang pun memasuki sesuatu kawasan terhad keselamatan atau kapal udara di dalam kawasan terhad keselamatan melainkan jika orang itu menjalani proses pemeriksaan oleh pemeriksa keselamatan.

(3)

Peraturan ini tidak terpakai bagi—

(a)

penumpang transit yang kekal berada di dalam kapal udara;

(b)

penumpang transit atau penumpang pindah yang tidak bercampur dengan orang yang tidak diperiksa daripada lapangan terbang transit atau pindah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(c)

penumpang transit atau penumpang pindah yang tiba dari Negara

Pejanji yang standard keselamatan yang terpakai diperakui setara dengan kehendak yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

Pemeriksaan bagasi

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019