Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(a)
suatu kelulusan atau pembaharuan atau pengubahan suatu kelulusan di bawah peraturan 8, 9, 10, 11, 13 dan 22; atau
(b)
suatu perakuan, pembaharuan atau pengubahan suatu perakuan di bawah peraturan 14 dan 28;
P.U. (A) 99 24
hendaklah—
(A)
dibuat kepada Pihak Berkuasa Keselamatan dalam bentuk dan cara dan disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif;
(B)
kecuali bagi peraturan 8, 11, 13 dan 22, disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan
(C)
mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif.
(2)
Pihak Berkuasa Keselamatan boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subperaturan (1), meminta pemohon supaya memberikan kepada Pihak Berkuasa Keselamatan dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu maklumat, butiran atau dokumen tambahan mengenai permohonan itu.
(3)
Setelah mempertimbangkan permohonan di bawah subperaturan (1), Pihak
Berkuasa Keselamatan boleh membenarkan atau menolak permohonan itu.
(4)
Jika Pihak Berkuasa Keselamatan membenarkan permohonan di bawah subperaturan (1), Pihak Berkuasa Keselamatan boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya perlu bagi kelulusan atau perakuan itu dan orang yang dikeluarkan terhadapnya kelulusan atau perakuan itu hendaklah mematuhi terma dan syarat itu.
Pemindahmilikan kelulusan, perakuan dan kebenaran