Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Penggantungan, pengubahan dan pembatalan kelulusan
(a)
jika orang itu melanggar mana-mana terma dan syarat pada kelulusan, perakuan atau kebenaran itu;
(b)
jika orang itu melanggar mana-mana peruntukan
Akta,
Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta atau mana-mana peruntukan Akta Pihak Berkuasa
Penerbangan Awam Malaysia 2017;
(c)
jika kelulusan, perakuan atau kebenaran itu diperoleh secara fraud atau salah nyataan; atau
(d)
jika berlaku kematian, ketidakupayaan atau kebankrapan oleh orang itu atau, dalam hal suatu syarikat, jika berlaku pembubaran atau pelantikan seorang penerima atau pengurus.
(2)
Pihak Berkuasa Keselamatan tidak boleh menggantung, mengubah atau membatalkan mana-mana kelulusan, perakuan atau kebenaran melainkan jika orang itu telah diberikan peluang untuk membuat suatu representasi.
(3)
Sementara menunggu keputusan untuk menggantung, mengubah atau membatalkan kelulusan, perakuan atau kebenaran di bawah subperaturan (1), Pihak
Berkuasa Keselamatan boleh, jika difikirkan perlu, menggantung sementara atau mengubah, dengan atau tanpa syarat, kelulusan, perakuan atau kebenaran itu.
P.U. (A) 99 26
(4)
Jika suatu kelulusan, perakuan atau kebenaran yang dikeluarkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini—
(a)
telah dibatalkan, pemegang kelulusan, perakuan atau kebenaran itu hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pembatalan memulangkan kelulusan, perakuan atau kebenaran itu kepada Pihak
Berkuasa Keselamatan; atau
(b)
digantung atau digantung sementara, kelulusan, perakuan atau kebenaran itu tidak berkuat kuasa semasa tempoh penggantungan.
Kesalahan berhubung dengan dokumen dan rekod