Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019

Seksyen 9

(1)

Seseorang pengendali, pengendali aerodrom, pengendali darat atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mengadakan program keselamatan seperti yang berikut:

(a)

suatu program keselamatan penerbangan awam mengikut kehendak

NCASP;

(b)

suatu program latihan keselamatan penerbangan awam mengikut kehendak NCASTP;

(c)

suatu program kawalan mutu keselamatan penerbangan awam mengikut kehendak NQCP; dan

(d)

apa-apa program lain yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

(2)

Program keselamatan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan.

(3)

Permohonan bagi kelulusan atau pengubahan kelulusan suatu program keselamatan hendaklah dibuat mengikut peraturan 29.

(4)

Berhubung dengan program latihan keselamatan penerbangan awam yang disebut dalam perenggan (1)(b), seseorang pengendali, pengendali aerodrom, pengendali darat atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif hendaklah membaharui kelulusan program itu dalam tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

P.U. (A) 99 15

(5)

Permohonan bagi pembaharuan kelulusan suatu program latihan keselamatan penerbangan awam hendaklah dibuat mengikut peraturan 29.

Pelan kontingensi oleh pengendali aerodrom

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019