Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2018
Seksyen 2
(1)
Anggota kru penerbangan Malindo Airways Sdn. Bhd. dikecualikan daripada sekatan berhubung dengan masa penerbangan di bawah subperenggan 74(a)(ii)
Peraturan-Peraturan
Penerbangan
Awam 2016
[P.U. (A) 97/2016].
(2)
Pengecualian di bawah subperaturan (1) tertakluk kepada syarat bahawa pada permulaan penerbangan anggota kru penerbangan itu, agregat bagi semua masa penerbangannya yang sebelum itu semasa tempoh dua belas bulan yang berakhir pada akhir bulan sebelumnya hendaklah tidak melebihi seribu jam.
Dibuat 27 April 2018
[MOT.BU(S).600-2/6/3 JLD.4(5); PN(PU2)38/X]
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan
P.U. (A) 111 3
CIVIL AVIATION ACT 1969
CIVIL AVIATION (EXEMPTION) (NO. 3) REGULATIONS 2018