Malaysia legislation
Section 34
of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016
Seksyen 34
(2)
Pengendali bahan api tidak boleh—
(a)
menyebabkan atau membenarkan bahan api penerbangan dikeluarkan untuk digunakan dalam suatu kapal udara jika pengendali bahan api itu mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa bahan api penerbangan itu tidak sesuai untuk kegunaan dalam kapal udara itu; atau
(b)
membekalkan bahan api kepada suatu kapal udara kecuali di tempat dan dengan cara yang diluluskan oleh pengendali aerodrom.
(3)
Pengendali aerodrom boleh mengenakan apa-apa syarat atas kelulusan yang diberikan di bawah perenggan (2)(b) untuk melindungi orang atau harta di darat.
P.U. (A) 98 29
(4)
Pengendali bahan api hendaklah menyimpan rekod bertulis bagi suatu pepasangan bahan api penerbangan yang termasuklah—
(a)
butiran gred dan kuantiti bahan api penerbangan yang dihantar dan tarikh penghantaran;
(b)
butiran semua sampel yang diambil daripada bahan api penerbangan dan keputusan ujian sampel itu;
(c)
butiran penyenggaraan dan pembersihan pepasangan itu; dan
(d)
butiran bahan api yang digunakan dan tarikh penggunaan.
(5)
Pengendali bahan api hendaklah—
(a)
menyimpan rekod di bawah subperaturan (4) bagi tempoh dua belas bulan atau tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang
Ketua Pengarah boleh dalam suatu hal tertentu arahkan; dan
(b)
mengemukakan rekod itu dalam tempoh yang munasabah selepas diminta untuk berbuat demikian oleh pegawai yang diberi kuasa.
(6)
Jika Ketua Pengarah mendapati mana-mana bahan api penerbangan dimaksudkan atau berkemungkinan untuk dihantar berlanggaran dengan peraturan ini,
Ketua Pengarah boleh mengarahkan pengendali bahan api untuk tidak membenarkan mana-mana bahan api penerbangan dikeluarkan untuk digunakan daripada pepasangan bahan api penerbangan bagi suatu tempoh masa yang tertentu.
(7)
Bagi maksud peraturan ini—
(a)
“pepasangan bahan api penerbangan” ertinya apa-apa radas atau bekas, termasuk suatu kenderaan yang direka bentuk, dibuat atau
P.U. (A) 98 30
disesuaikan untuk menyimpan bahan api penerbangan atau menghantar bahan api ke suatu kapal udara; dan
(b)
“pengendali bahan api” ertinya sesesorang yang menguruskan penghantaran bahan api penerbangan dalam suatu aerodrom.
Pengalihan kapal udara yang tidak dapat digunakan