Malaysia legislation
Section 38
of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016
Seksyen 38
(a)
mengehadkan akses suatu kenderaan yang digunakan bagi pengendalian aerodrom dan pengendalian kapal udara ke kawasan olah gerak;
(b)
menyediakan tatacara yang mencukupi bagi akses yang selamat dan teratur ke aerodrom, dan pengendalian di kawasan oleh gerak, jika suatu unit perkhidmatan penerbangan udara sedang beroperasi di aerodrom itu, bagi memastikan setiap kenderaan yang sedang dikendalikan di kawasan olah gerak itu dikawal oleh—
(i)
komunikasi radio dua hala antara kenderaan itu dengan unit perkhidmatan penerbangan udara; atau
(ii)
suatu komunikasi radio yang disertakan atau kenderaan pengiring dengan langkah-langkah yang mencukupi termasuk isyarat atau pengawal untuk mengawal kenderaan itu, jika kenderaan itu tidak mempunyai radio;
(c)
menyediakan langkah-langkah yang mencukupi untuk memastikan kenderaan yang sedang dikendalikan dalam suatu kawasan pergerakan dikawal oleh tanda atau isyarat sebagaimana yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah, jika unit perkhidmatan penerbangan udara tidak beroperasi di aerodrom itu; dan
(d)
memastikan mana-mana orang yang mengendalikan suatu kenderaan di suatu kawasan pergerakan mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Pengendali aerodrom hendaklah memastikan seseorang yang mempunyai akses ke suatu kawasan pergerakan memakai kelengkapan yang memantulkan warna yang hendaklah ditunjukkan dengan jelas semasa di kawasan pergerakan.
P.U. (A) 98 32
(3)
Bagi maksud peraturan ini, “kelengkapan” termasuklah anak baju, jalur, kot luar, topi keledar dan stoking.
Pas lapangan terbang dan pas lapangan terbang sementara