Malaysia legislation

Section 40

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016

Seksyen 40

(a)

orang itu dibenarkan oleh—

(i)

pengawal trafik udara jika kenderaan itu hendak dikendalikan di kawasan olah gerak yang perkhidmatan penerbangan udara disediakan; atau

(ii)

pengendali aerodrom jika kenderaan itu hendak dikendalikan di apron;

(b)

orang itu telah dilatih untuk mengendalikan kenderaan itu;

(c)

orang itu telah dikeluarkan suatu permit memandu tapak udara di bawah peraturan 44; dan

(d)

kenderaan itu—

(i)

telah dikeluarkan permit kenderaan tapak udara di bawah peraturan 41; dan

(ii)

dilengkapi dengan suatu bikon berputar mengikut warna dan ciri-ciri sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

P.U. (A) 98 34

(2)

Seseorang yang mengendalikan suatu kenderaan di suatu kawasan olah gerak—

(a)

hendaklah mematuhi semua penandaan, tanda dan lampu sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan

(b)

hendaklah tidak melebihi kelajuan dua puluh lima kilometer atau lima belas batu sejam.

(3)

Seseorang yang mengendalikan suatu kenderaan yang dilengkapi radio di suatu kawasan pergerakan hendaklah—

(a)

mengadakan komunikasi radio dua hala—

(i)

sebelum memasuki kawasan olah gerak itu, dengan pengawal trafik udara; atau

(ii)

sebelum memasuki suatu apron, dengan pengendali aerodrom;

dan

(b)

mengekalkan pendengaran yang berterusan pada frekuensi yang diperuntukkan di kawasan pergerakan itu.

(4)

Bagi maksud peraturan ini, seseorang yang mengendalikan suatu kenderaan termasuklah—

(a)

berhubung dengan suatu treler, pemandu sesuatu kenderaan yang dengannya treler itu ditunda;

(b)

jika orang yang berlainan bertindak sebagai jurumudi suatu kenderaan, orang itu dan juga orang lain yang terlibat dalam pemanduan kenderaan itu; dan

P.U. (A) 98 35

(c)

penunggang suatu basikal dan mana-mana orang yang menggerakkan suatu basikal beroda tiga atau menolak atau menarik suatu pengangkut.

Permit kenderaan tapak udara

Section 40 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016