Malaysia legislation
Section 57
of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016
Seksyen 57
(2)
Subperaturan (1) tidak terpakai bagi—
(a)
mana-mana kapal udara rasmi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana negeri di Malaysia, termasuk kapal udara tentera;
(b)
mana-mana kapal udara rasmi Ketua Negara, Menteri dan pembesar lain yang melawat Malaysia sebagai tetamu negara atas dasar persalingan;
(c)
mana-mana kapal udara yang dinyatakan yang dikendalikan oleh mana-mana kelab penerbangan yang telah, dalam hal sesuatu aerodrom yang diuruskan dan dikendalikan oleh Ketua Pengarah, diluluskan bagi maksud peraturan ini oleh Ketua Pengarah jika penerbangan sebelum pendaratan atau berikutan dengan perlepasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bukan untuk sewa atau upah atau bagi apa-apa maksud lain selain daripada terbang untuk kelab;
(d)
mana-mana kapal udara yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat;
(e)
mana-mana kapal udara yang dikehendaki untuk kembali ke lapangan terbang berlepas atau lapangan terbang alternatif disebabkan oleh alat kelengkapan kapal udara itu tidak berfungsi atau penutupan lapangan terbang destinasi selepas kapal udara itu berlepas atau hal keadaan lain yang di luar kawalan pengendali;
(f)
penerbangan di antara dua tempat pendaratan yang tidak dijaga;
(g)
penerbangan yang sentiasa di dalam zon kawalan aerodrom atau dalam lingkungan radius lima batu dari aerodrom atau di dalam kawasan latihan bersebelahan yang ditetapkan; atau
P.U. (A) 98 43
(h)
mana-mana kapal udara lain atau kelas kapal udara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Perkiraan bagi pembayaran caj penempatan dan caj kemudahan penerbangan udara