Malaysia legislation
Section 64
of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016
Seksyen 64
P.U. (A) 98 47
(a)
jika orang itu melanggar mana-mana terma atau syarat kebenaran, perakuan atau lesen itu;
(b)
jika orang itu melanggar mana-mana peruntukan Akta atau
Peraturan-Peraturan ini;
(c)
jika kebenaran, perakuan atau lesen itu diperoleh secara fraud atau salah nyataan; atau
(d)
dalam hal kematian, ketidakupayaan, kebankrapan orang itu atau dalam hal suatu syarikat, sekiranya syarikat itu digulung atau penerima atau pengurus dilantik.
(2)
Menteri atau Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh menggantung, mengubah atau membatalkan kebenaran, perakuan, lesen atau kelulusan melainkan jika orang itu telah diberi peluang untuk membuat representasi.
(3)
Sementara menanti apa-apa keputusan untuk menggantung, mengubah atau membatalkan apa-apa kebenaran, perakuan atau lesen di bawah subperaturan (1),
Menteri atau Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, jika
P.U. (A) 98 48
difikirkannya patut, menggantung atau mengubah buat sementara waktu, dengan atau tanpa syarat, kebenaran, perakuan atau lesen.
(4)
Jika apa-apa kebenaran, perakuan atau lesen yang dikeluarkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini—
(a)
dibatalkan, pemegang kebenaran, perakuan, lesen atau kelulusan itu hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pembatalan itu memulangkan kebenaran, perakuan, lesen atau kelulusan itu kepada
Menteri atau Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
atau
(b)
digantung atau digantung sementara, kebenaran, perakuan, lesen atau kelulusan itu tidak mempunyai kuat kuasa semasa tempoh penggantungan itu.
Pengawasan pengawalseliaan keselamatan