Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016

Seksyen 7

(1)

Suatu permohonan untuk mengubah suatu manual aerodrom yang menjadi sebahagian daripada permohonan bagi suatu perakuan aerodrom di bawah subperaturan 6(2) hendaklah—

(a)

dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk dan disertakan dengan dokumen dan maklumat, sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah; dan

(b)

disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(2)

Ketua Pengarah boleh mengubah suatu manual aerodrom jika dia berpuas hati bahawa pemohon itu telah memenuhi kehendak di bawah subperaturan (1).

P.U. (A) 98 15

(3)

Ketua Pengarah boleh mengenakan terma dan syarat atas perubahan manual aerodrom di bawah peraturan ini.

Penyenggaraan dan pengendalian aerodrom

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016