Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) (PINDAAN) 2018

Seksyen 15

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini boleh ditafsirkan sebagai melanjutkan jangka masa apa-apa kebenaran, perakuan atau kelulusan yang dinyatakan dalam subperaturan (1) melampaui tarikh habis tempohnya.

(3)

Apa-apa notis, surat pekeliling, arahan, maklumat atau kehendak yang dikeluarkan atau dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, terus sah dan berkuat kuasa seolah-olah

Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.

P.U. (A) 44 10

(4)

Apa-apa penggantungan atau perubahan, sementara atau tidak, atau pembatalan suatu kebenaran, perakuan atau kelulusan oleh Ketua Pengarah di bawah

Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, terus sah dan berkuat kuasa seolah-olah

Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh

Peraturan-Peraturan ini.

(5)

Apa-apa permohonan kepada Ketua Pengarah yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini, diuruskan di bawah

Peraturan-Peraturan ibu sebagaimana yang dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.

Dibuat 14 Februari 2018

[DCA/PUU/(S)03; PN(PU2)38/X]

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

Menteri Pengangkutan

P.U. (A) 44 11

CIVIL AVIATION ACT 1969

CIVIL AVIATION (AERODROME OPERATIONS) (AMENDMENT) REGULATIONS 2018