Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2011
Seksyen 4
(1)
Apa-apa pembayaran kompaun berkenaan dengan suatu kesalahan yang dikompaun hendaklah dibuat secara tunai atau melalui kiriman wang, wang pos atau draf bank yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang SPAD dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”.
(2)
Apa-apa pembayaran yang dibuat-
(a)
secara tunai hendaklah diserahkan sendiri; atau
(b)
melalui selain tunai boleh diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar prabayar yang dialamatkan, ke pejabat orang yang membuat tawaran untuk mengkompaun itu.
(3)
Orang yang membuat tawaran untuk mengkompaun kesalahan di bawah subperaturan 3(1) hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi bayaran kompaun kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
Penyampaian tawaran bertulis, dsb., melalui pos