Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PEREDARAN ANTARABANGSA) (KENDERAAN BARANGAN RENTAS SEMPADAN ASEAN) 2023

Seksyen 3

Tafsiran

“kenderaan barangan Malaysia” ertinya mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk digunakan bagi membawa barangan rentas sempadan yang didaftarkan di Malaysia;

P.U. (A) 357 5

“kenderaan barangan negara anggota ASEAN” ertinya mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk digunakan bagi membawa barangan rentas sempadan yang didaftarkan di mana-mana negara anggota ASEAN;

"negara anggota ASEAN" ertinya mana-mana negara yang berikut:

(a)

Brunei Darussalam;

(b)

Kemboja;

(c)

Republik Indonesia;

(d)

Republik Demokratik Rakyat Lao;

(e)

Kesatuan Myanmar;

(f)

Republik Filipina;

(g)

Republik Singapura;

(h)

Thailand; dan

(i)

“pelekat permit” ertinya pelekat permit rentas sempadan kenderaan barangan

ASEAN yang dikeluarkan—

(a)

berkenaan dengan suatu kenderaan barangan Malaysia di bawah peraturan 5; atau

(b)

berkenaan dengan suatu kenderaan barangan negara anggota

ASEAN di bawah undang-undang bertulis negara anggota ASEAN itu;

"pergerakan rentas sempadan"

ertinya pergerakan dari

Malaysia ke mana-mana negara anggota ASEAN dan sebaliknya dan dari mana-mana negara anggota ASEAN ke mana-mana negara anggota ASEAN yang lain melalui Malaysia;

“permit” ertinya permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN yang dikeluarkan menurut Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Barangan

P.U. (A) 357 6

dalam Transit dan Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan

Antara Negara—

(a)

berkenaan dengan suatu kenderaan barangan Malaysia di bawah peraturan 5; atau

(b)

berkenaan dengan suatu kenderaan barangan negara anggota

ASEAN di bawah undang-undang bertulis negara anggota

ASEAN itu;

“pintu masuk atau keluar” ertinya pintu masuk atau keluar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.