Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG DITETAPKAN DAN KELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN DAN PENUTUPAN KEMUDAHAN) 2011

Seksyen 5

(1)

Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi kelulusan di bawah subperaturan 4(1) dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan di bawah seksyen 9 Akta, memberikan kelulusan atau enggan memberikan kelulusan.

(2)

Dalam memberikan kelulusan kepada pemohon, Ketua Pengarah boleh mengenakan terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 8 atau apa-apa terma dan syarat lain yang difikirkannya patut.

P.U. (A) 302 9

(3)

Keputusan Ketua Pengarah untuk memberikan kelulusan atau enggan memberikan kelulusan hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Permohonan bagi kelulusan untuk menutup kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan