Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi skim untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan bagi sisa pepejal pembinaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Pembinaan) 2018 [P.U. (A) 279/2018];
“perkhidmatan pemungutan” ertinya perkhidmatan yang sisa pepejal pembinaan dipungut secara tetap atau berkala mengikut kawasan skim masing-masing dan mengikut jenis sisa pepejal pembinaan dari sesuatu tempat pemungutan dan dihantar ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;
“sisa pepejal baki” ertinya apa-apa sisa pepejal pembinaan yang tidak digunakan semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan dalam bekas;
P.U. (A) 278 4
“sisa pepejal pembinaan yang boleh dikitar semula” ertinya apa-apa sisa pepejal pembinaan yang diasingkan untuk dikitar semula sebagaimana yang dinyatakan dalam