Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(1)
Jika terdapat sesuatu pusat kitar semula di dalam kawasan perkhidmatan atau kawasan skim, sisa yang boleh dikitar semula itu boleh diasingkan oleh pemunya atau penghuni premis bertanah dan dibawa ke pusat kitar semula bagi kawasan perkhidmatan atau kawasan skim itu.
P.U. (A) 307 18
(2)
Jika jadual pemungutan bagi sisa yang boleh dikitar semula disediakan, pemunya atau penghuni premis bertanah hendaklah memastikan sisa yang boleh dikitar semula itu diasingkan daripada jenis sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang lain dan―
(a)
jika tempat pemungutan terletak di dalam premis bertanah itu, membungkus dan mengikat sisa yang boleh dikitar semula itu, atau meletakkan sisa yang boleh dikitar semula itu di dalam beg atau bejana, dan meletakkan sisa yang boleh dikitar semula itu di tempat pemungutan sebelum masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan; atau
(b)
jika tempat pemungutan terletak di luar premis bertanah itu, membungkus dan mengikat sisa yang boleh dikitar semula itu, atau meletakkan sisa yang boleh dikitar semula itu di dalam beg atau bejana, dan meletakkan sisa yang boleh dikitar semula itu di tempat pemungutan hanya pada hari dan masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan.
Sisa pukal