Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018

Seksyen 15

(1)

Seseorang pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh hendaklah mengangkut sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian dari stesen pemindahan ke mana-mana kemudahan pengolahan dan

P.U. (A) 181 20

pelupusan seperti yang dinyatakan dalam lesen di bawah Peraturan-Peraturan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengusahaan atau

Penyediaan Perkhidmatan Pengangkutan oleh Pengangkutan Jauh) 2011.

(2)

Pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh hendaklah memastikan bahawa tiada tumpahan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau bahan larut resap semasa pengangkutan.

(3)

Jika apa-apa tumpahan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau bahan larut resap berlaku, pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh hendaklah membersihkan kawasan tumpahan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau bahan larut lesap itu dengan serta-merta.

(4)

Pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh hendaklah menyimpan rekod yang diterima daripada pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan yang dikeluarkan di bawah subperaturan 16(5)

bagi setiap pengangkutan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian.

(5)

Mana-mana pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh yang melanggar subperaturan (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.