Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bekas” ertinya suatu bekas sisa pepejal individu atau bekas sisa pepejal komunal yang disediakan bagi sisa pepejal pembinaan;
“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi skim untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan bagi sisa pepejal pembinaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“kemudahan pengolahan dan pelupusan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Peraturan-Peraturan
Pengurusan
Sisa
Pepejal dan
Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan
P.U. (A) 279 5
Kelulusan bagi
Pembinaan,
Pengubahan dan
Penutupan
Kemudahan)
2011
[P.U. (A) 302/2011];
“kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan
Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan Kemudahan) 2011;
“orang yang memiliki sisa pepejal pembinaan” ertinya mana-mana orang yang mempunyai dalam milikannya apa-apa sisa pepejal pembinaan dan termasuklah mana-mana orang yang menguruskan atau mengendalikan sisa pepejal pembinaan sama ada secara berkontrak ataupun tidak;
“pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan” ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk menguruskan atau mengendalikan kemudahan pengolahan dan pelupusan di bawah Peraturan-Peraturan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau
Pengendalian
Kemudahan
Pengurusan
Sisa
Pepejal yang
Ditetapkan)
2011
[P.U. (A) 304/2011];
“pemegang lesen bagi kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan”
ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk menguruskan atau mengendalikan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan di bawah
Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan)
(Pengurusan atau
Pengendalian
Kemudahan
Pengurusan
Sisa
Pepejal yang Ditetapkan) 2011;
“pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan” ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pemungutan di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (Pelesenan) (Pengusahaan atau Penyediaan Perkhidmatan Pemungutan bagi
Sisa Pepejal Pembinaan) 2018 [P.U. (A) 278/2018];
P.U. (A) 279 6
“pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh”
ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh di bawah
Peraturan-Peraturan
Pengurusan
Sisa
Pepejal dan
Pembersihan
Awam
(Pelesenan) (Pengusahaan atau Penyediaan Perkhidmatan Pengangkutan oleh
Pengangkutan Jauh) 2011 [P.U. (A) 305/2011];
“pemegang lesen bagi stesen pemindahan” ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk menguruskan atau mengendalikan suatu stesen pemindahan di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian Kemudahan Pengurusan Sisa
Pepejal yang Ditetapkan) 2011;
“penghasil sisa pepejal pembinaan”
ertinya mana-mana orang yang menghasilkan apa-apa sisa pepejal pembinaan;
“perkhidmatan pemungutan” ertinya perkhidmatan yang sisa pepejal pembinaan dipungut secara tetap atau berkala mengikut kawasan skim masing-masing dan mengikut jenis sisa pepejal pembinaan dari sesuatu tempat pemungutan dan dihantar ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;
“premis pembinaan” ertinya premis di mana apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan, termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan dijalankan;
“sisa pepejal baki” ertinya apa-apa sisa pepejal pembinaan yang tidak diguna semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan di dalam bekas;
“sisa pepejal pembinaan yang boleh dikitar semula” ertinya apa-apa sisa pepejal pembinaan yang diasingkan untuk dikitar semula sebagaimana yang dinyatakan dalam