Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2019
Seksyen 5
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu—
(a)
secara tunai;
(b)
melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun
Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada Pesuruhjaya; atau
(c)
melalui pemindahan wang secara elektronik.
(2)
Pembayaran kompaun hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar bayar dahulu ke alamat yang dinyatakan dalam Notis Tawaran untuk
Mengkompaun Kesalahan.
(3)
Tiap-tiap pembayaran kompaun yang diterima hendaklah didepositkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan Negeri atau Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
P.U. (A) 116 4
(5)
Suatu resit rasmi yang dikeluarkan bagi maksud subperaturan (4)
hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik yang dikeluarkan jika pembayaran dibuat melalui pemindahan wang secara elektronik.
P.U. (A) 116 5