Malaysia legislation
Section 37
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 37
Jika apa-apa harta alih yang ditahankan di bawah subseksyen 35(1) atau 79(1)
Akta akan dijual secara lelong di bawah subseksyen 35(8) atau 79(8) Akta, orang atau badan yang akan menjalankan lelong itu—
(a)
boleh melantik seorang pelelong berlesen untuk menjalankan lelongan itu;
(b)
hendaklah menetapkan suatu harga rizab untuk harta alih yang ditahankan itu; dan
(c)
hendaklah hanya menerima bidaan yang tidak kurang daripada harga rizab itu.
Notis jualan secara lelong