Malaysia legislation

Section 45

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 45

(1)

Sekiranya ejen pengurusan telah dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 86(1) atau 91(3) Akta dan Caj atau caruman kepada kumpulan wang penjelas yang perlu dibayar oleh pembeli, pemunya petak atau pemilik dalam keadaan petaknya belum ditentukan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, atas apa-apa sebab pun, jumlah Caj yang perlu dibayar oleh pembeli, pemunya petak atau pemilik di bawah Akta akan ditentukan oleh ejen pengurusan mengikut peruntukan syer yang diumpukkan atau unit syer menurut setiap petak dan jumlah caruman kepada kumpulan wang penjelas yang dibayar hendaklah jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada Caj.

(2)

Mana-mana pembeli, pemunya petak atau pemilik yang tidak berpuas hati dengan jumlah yang telah ditentukan oleh ejen pengurusan di bawah subperaturan (1)

boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk semakan dan Pesuruhjaya boleh—

(a)

menentukan jumlah yang perlu dibayar sebagai Caj atau caruman kepada kumpulan wang penjelas; atau

(b)

mengarahkan ejen pengurusan untuk melantik, dalam kos dan perbelanjaan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, seorang pengurus harta berdaftar untuk mencadangkan jumlah yang perlu dibayar

P.U. (A) 107 34

sebagai Caj atau caruman kepada kumpulan wang penjelas dan mengemukakan satu salinan laporan pengurus harta berdaftar itu kepada Pesuruhjaya.

(3)

Apabila menerima laporan di bawah subperaturan (2)(b), Pesuruhjaya hendaklah menetapkan jumlah yang difikirkan patut dan munasabah, dan apa-apa jumlah yang ditentukan oleh Pesuruhjaya itu hendaklah disifatkan jumlah yang kena dibayar sebagai Caj atau caruman kepada kumpulan wang penjelas.

Section 45 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015