Malaysia legislation

Section 51

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 51

(1)

Apabila menerima Borang 27, Pesuruhjaya hendaklah dalam tempoh empat belas hari memberikan suatu notis kepada pemaju menyatakan—

(a)

kecacatan pada harta bersama yang dikehendaki untuk dibaiki;

(b)

masa di mana kerja-kerja pembaikan itu perlu bermula;

(c)

masa di mana kerja-kerja pembaikan itu hendaklah disiapkan; dan

P.U. (A) 107 37

(d)

bahawa kerja-kerja pembaikan itu hendaklah dijalankan dengan usaha wajar pada kepuashatian Pesuruhjaya.

(2)

Sekiranya pemaju gagal menyiapkan kerja-kerja pembaikan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut, pemaju hendaklah dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tamat tempoh masa itu memohon kepada

Pesuruhjaya untuk suatu lanjutan masa, dan Pesuruhjaya boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan atau menolak apa-apa lanjutan masa.

Pelantikan arkitek berdaftar, jurutera berdaftar, juruukur bahan berdaftar atau juruukur bangunan berdaftar oleh Pesuruhjaya 52.

(1)

Sekiranya notis diberikan kepada pemaju di bawah subperaturan 51(1)

tidak dipatuhi oleh pemaju atau tidak dipatuhi pada kepuashatian Pesuruhjaya,

Pesuruhjaya boleh melantik seorang arkitek berdaftar, jurutera berdaftar, juruukur bahan berdaftar atau juruukur bangunan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, untuk mana-mana yang berikut—

dan

(2)

Pesuruhjaya hendaklah memberikan pemaju notis pelantikan seorang arkitek berdaftar, jurutera berdaftar, juruukur bahan berdaftar atau juruukur bangunan berdaftar itu dan atas penerimaan notis tersebut, dalam masa tujuh hari selepas pelantikan itu dan selepas penerimaan notis, pemaju tidak berhak untuk menjalankan atau meneruskan apa-apa kerja pembaikan tanpa kebenaran Pesuruhjaya.

Mendapatkan perbelanjaan oleh Pesuruhjaya

Section 51 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015