Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PENYIASATAN KAJI BUMI (PEMBERITAHUAN PEMAJUAN TELAGA DAN KOREKAN) 2013
Seksyen 2
Tafsiran
“air” ertinya air yang ditemui di bawah permukaan bumi termasuk mata air dan punca-punca geoterma;
“korekan” ertinya suatu perbuatan atau proses untuk menembusi permukaan, bawah permukaan atau pemindahan isi bumi secara manual atau mekanikal dengan menggunakan mesin atau peralatan;
“lelubang” ertinya suatu lekuk atau lekukan kecil;
“lubang” ertinya suatu bukaan atau rongga atau ruang geronggang di permukaan atau bawah permukaan bumi;
“mencari” ertinya aktiviti pencarian, penemuan, penyiasatan dan penerokaan air;
“menggali” ertinya suatu proses membuat bukaan di permukaan atau di bawah permukaan bumi;
P.U. (A) 288 3
“menggerek” ertinya suatu proses memotong, menggerudi atau meletupkan, bagi tujuan membuat bukaan di permukaan atau bawah permukaan bumi;
“menggerudi” ertinya suatu proses untuk menembusi permukaan bumi, tanah atau batu-batan dengan menggunakan mesin atau peralatan;
“pengambilan” ertinya suatu proses mengeluarkan apa-apa bahan dari isi bumi;
“syaf” ertinya apa-apa bukaan menegak atau condong di bawah permukaan bumi;
“tarahan” ertinya suatu proses memindahkan atau memisahkan bahan dari permukaan atau bawah permukaan yang mendedahkan batu hampar;
“telaga” ertinya apa-apa lubang yang berlapik atau yang tidak berlapik atau struktur yang digunakan untuk pencarian, pemantauan, persampelan dan pengambilan air bawah tanah dan termasuk yang digunakan untuk imbuhan air bawah tanah;
“terowong” ertinya suatu korekan memanjang atau sempit di bawah tanah atau bukaan bawah air atau laluan yang lurus dengan panjang yang melebihi lebar atau ketinggiannya;