Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (CAJ LAMPAU TEMPOH) 2012

Seksyen 3

Caj lampau tempoh berkenaan dengan anggota penanggung insurans

Jika mana-mana premium atau surcaj premium yang terhutang dan kena dibayar di bawah seksyen 71, 72 atau 75 belum dibayar oleh anggota penanggung insurans pada tarikh kena dibayar, premium atau surcaj premium yang belum dibayar itu hendaklah, tanpa penyampaian notis lanjutan kepada anggota penanggung insurans itu, dinaikkan ke suatu jumlah wang yang bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) setahun daripada premium atau surcaj premium yang belum dibayar itu, dikira atas jumlah hari

P.U. (A) 135 3

yang sebenarnya berlalu dan atas dasar tahun tiga ratus enam puluh lima hari (365)

dan jumlah wang itu boleh didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah premium atau surcaj premium yang terhutang dan kena dibayar di bawah Akta.

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (CAJ LAMPAU TEMPOH) 2012