Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Keperluan Pendedahan bagi Akaun
Amanah dan Akaun Bersama) 2012.
/akn/my/act/pua/2012/418
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (KEPERLUAN PENDEDAHAN BAGI AKAUN AMANAH DAN AKAUN BERSAMA) 2012 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 418 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Keperluan Pendedahan bagi Akaun
Amanah dan Akaun Bersama) 2012.
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“akaun amanah” ertinya suatu akaun amanah yang dibuka atau disenggarakan dalam sesuatu anggota penerima deposit oleh seorang pendeposit yang bertindak sebagai pemegang amanah yang berkenaannya, setiap benefisiari bagi akaun amanah itu dan amaun atau peratusan kepentingan benefisiari itu dalam akaun amanah itu, boleh dikenal pasti;
“akaun bersama” ertinya suatu akaun bersama yang dibuka atau disenggarakan dalam sesuatu anggota penerima deposit oleh seorang pendeposit yang bertindak sebagai pemunya bersama dengan mana-mana orang lain;
“kepentingan benefisiari” ertinya wang yang dipegang dalam suatu akaun amanah bagi benefisiari yang dinamakan;
“pemegang amanah” ertinya seorang pendeposit yang bertindak sebagai
3
pemegang amanah bagi suatu akaun amanah;
“pemunya bersama” ertinya seorang pendeposit yang bertindak sebagai pemunya bersama bagi suatu akaun bersama; dan
“tahun taksiran” ertinya tempoh yang bermula pada hari pertama bulan Januari dan berakhir pada hari ketiga puluh satu bulan Disember setiap tahun.
Pendedahan semasa membuka akaun amanah
Semasa membuka suatu akaun amanah, seorang pemegang amanah hendaklah mengemukakan kepada anggota penerima deposit maklumat yang berikut:
suatu pernyataan bahawa deposit dalam akaun amanah itu dipegang sebagai amanah oleh pemegang amanah itu;
nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemegang amanah itu atau apa-apa pengenalpastian lain yang boleh diterima oleh anggota penerima deposit itu;
nama dan alamat setiap benefisiari atau kod angka abjad atau apa-apa kod atau pengenal pasti lain bagi benefisiari itu; dan
Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, seseorang pemegang amanah yang gagal mematuhi kehendak di bawah subperaturan (1) tetapi yang kemudiannya mengemukakan maklumat yang dikehendaki kepada anggota penerima deposit itu hendaklah disifatkan sebagai membuka suatu akaun amanah yang baru di bawah subperaturan (1) pada tarikh pengemukaan maklumat itu.
4
Pendedahan tahunan berkenaan dengan akaun amanah
Pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun taksiran, seorang pemegang amanah yang bertindak untuk dua benefisiari atau lebih hendaklah mengemukakan kepada anggota penerima deposit maklumat yang berikut:
nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemegang amanah itu atau apa-apa pengenalpastian lain yang boleh diterima oleh anggota penerima deposit itu;
nama dan alamat setiap benefisiari atau kod angka abjad atau apa-apa kod atau pengenal pasti lain bagi benefisiari itu, setakat 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya; dan
amaun atau peratusan kepentingan setiap benefisiari dalam akaun amanah itu, setakat 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya.
Seorang pemegang amanah yang gagal mematuhi kehendak di bawah subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 195 Akta.
Notis kepada pemegang amanah
Sebelum 31 Mac setiap tahun taksiran, sesuatu anggota penerima deposit hendaklah memberitahu setiap pemegang amanah yang bertindak untuk dua benefisiari atau lebih tentang keperluan untuk mendedahkan maklumat yang disebut dalam peraturan 4.
Bagi mengelakkan keraguan di bawah subperaturan (1), pemberitahuan kepada pemegang amanah tidak termasuk penyiaran dalam suratkhabar atau cara komunikasi massa lain atau penempatan notis di tempat perniagaan anggota penerima deposit.
Suatu anggota penerima deposit yang gagal mematuhi kehendak di bawah subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 195 Akta.
5
Pendedahan semasa membuka akaun bersama
Semasa membuka suatu akaun bersama, semua pemunya bersamanya hendaklah mengemukakan kepada anggota penerima deposit, nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport mereka masing-masing atau apa-apa pengenalpastian lain yang boleh diterima oleh anggota penerima deposit itu.
Pengemukaan pada masa lain
Perbadanan boleh menghendaki, pada bila-bila masa, seorang pemegang amanah atau seorang pemunya bersama untuk mengemukakan kepada Perbadanan atau kepada anggota penerima deposit yang akaun amanah atau akaun bersama masing-masing telah atau sedang dipegang, apa-apa dokumen atau maklumat lain yang disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan.
Pembatalan
Pendedahan Bagi Akaun Amanah Dan Akaun Bersama) 2007 [P.U. (A) 73/2007]
dibatalkan.
Dibuat 18 September 2012
[PDM/PN/1/2012; PN(PU2)689/II]
TAN SRI DATUK DR. ABDUL SAMAD HAJI ALIAS
Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Diluluskan 7 November 2012
[KK/BPKA/K2(S)/382/342/3-1 Jld.4; PN(PU2)689/II]
DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 209(4) Akta Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia 2011]
6
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (DISCLOSURE REQUIREMENTS FOR
TRUST ACCOUNTS AND JOINT ACCOUNTS) REGULATIONS 2012
Opening note
These regulations may be cited as the Malaysia Deposit Insurance
Corporation (Disclosure Requirements for Trust Accounts and Joint Accounts)
Regulations 2012.
These Regulations come into operation on 27 November 2012.
Interpretation 2.
In these Regulations—
“trust account” means a trust account opened or maintained in a deposit-taking member by a depositor acting as trustee in respect of which, each beneficiary to the trust account and the amount or percentage of the beneficiary’s interest in the trust account, can be identified;
“joint account” means a joint account opened or maintained in a deposit-taking member by a depositor acting as joint owner with any other person;
“beneficiary’s interest” means the monies held in a trust account for the named beneficiary;
“trustee” means a depositor acting as trustee of a trust account;
“joint owner” means a depositor acting as joint owner of a joint account; and
7
“assessment year” means the period beginning on the first day of January and ending on the thirty-first day of December of each year.
Disclosure on opening trust account 3.
On opening a trust account, a trustee shall submit to the deposit-taking member the following information:
a statement that the deposit in the trust account is held in trust by the trustee;
the trustee’s name, address and identity card number or passport number or any other identification acceptable to the deposit-taking member;
the name and address of each beneficiary or the alphanumeric code or any other code or identifier for such beneficiary; and
the amount or percentage of each beneficiary’s interest in the trust account.
For the purpose of these Regulations, a trustee who fails to comply with the requirements under subregulation (1) but who subsequently submits the required information to the deposit-taking member shall be deemed to be opening a new trust account under subregulation (1) as at the date of submission of the information.
Annual disclosure in respect of trust account 4.
On or before 31 March of every assessment year, a trustee acting for two or more beneficiaries shall submit to the deposit-taking member the following information:
8
the trustee’s name, address and identity card number or passport number or any other identification acceptable to the deposit-taking member;
the name and address of each beneficiary or the alphanumeric code or any other code or identifier for such beneficiary, as at 31 December of the preceding assessment year; and
the amount or percentage of each beneficiary’s interest in the trust account as at 31 December of the preceding assessment year.
A trustee who fails to comply with the requirements under subregulation (1) commits an offence under section 195 of the Act.
Notice to trustees 5.
Before 31 March of every assessment year, a deposit-taking member shall notify each trustee acting for two or more beneficiaries of the requirements to disclose the information referred to in regulation 4.
For the avoidance of doubt under subregulation (1), notification to the trustee does not include publication in newspapers or other modes of mass communication or the placement of notices in the deposit-taking member’s place of business.
A deposit-taking member who fails to comply with the requirements under subregulation (1) commits an offence under section 195 of the Act.
Disclosure on opening joint account 6.
On opening a joint account, all its joint owners shall submit to the deposit-taking member, their respective names, addresses and identity card numbers or passport numbers or any other identification acceptable to the deposit-taking member.
9
Submission at other times 7.
The Corporation may require, at any time, a trustee or a joint owner to submit to the Corporation or to the deposit-taking member in which the respective trust account or joint account has been or is held, any documents or other information as may be deemed necessary or expedient by the Corporation.
Revocation 8.
The Malaysia Deposit Insurance Corporation (Disclosure Requirements For Trust
Accounts And Joint Accounts) Regulations 2007 [P.U. (A) 73/2007] are revoked.
Made 18 September 2012
[PDM/PN/1/2012; PN(PU2)689/II]
TAN SRI DATUK DR. ABDUL SAMAD HAJI ALIAS
Chairman
Malaysia Deposit Insurance Corporation
Approved 7 November 2012
[KK/BPKA/K2(S)/382/342/3-1 Jld.4; PN(PU2)689/II]
DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Second Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 209(4) of the Malaysia
Deposit Insurance Corporation Act 2011]