Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (MANFAAT DILINDUNGI) 2020
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“polisi berkaitan pelaburan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
“polisi Malaysia” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
“sijil takaful berkaitan pelaburan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; dan
“sijil takaful Malaysia” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
P.U. (A) 327 3
Manfaat dilindungi di bawah sijil takaful keluarga, polisi hayat, sijil takaful am atau polisi am 3.
(1)
Tertakluk kepada Perintah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
(Had Manfaat Dilindungi) 2020 [P.U. (A) 326/2020], Perbadanan hendaklah melindungi jenis manfaat takaful atau manfaat insurans yang dinyatakan dalam Jadual di bawah sijil takaful keluarga, polisi hayat, sijil takaful am atau polisi am, termasuk sijil takaful berkaitan pelaburan, polisi berkaitan pelaburan, sijil anuiti dan polisi anuiti.
(2)
Seseorang pemunya sijil atau polisi boleh menuntut perlindungan berkenaan dengan mana-mana manfaat takaful atau manfaat insurans yang dinyatakan dalam Jadual jika—
(a)
sijil atau polisi itu dikeluarkan di Malaysia oleh anggota penanggung insurans;
(b)
sijil atau polisi itu dilaporkan oleh anggota penanggung insurans kepada Bank Negara Malaysia sebagai suatu sijil takaful Malaysia atau polisi Malaysia; dan
(c)
sijil atau polisi itu dalam denominasi ringgit.
(3)
Manfaat yang kena dibayar daripada bahagian unit suatu sijil takaful berkaitan pelaburan atau polisi berkaitan pelaburan seperti yang berikut tidak termasuk dalam sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans:
(a)
kematangan dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada kematangan;
(b)
serahan dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada serahan;
dan
(c)
pendapatan.
P.U. (A) 327 4
Pembatalan