Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans” ertinya brosur
Perbadanan yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;
“dokumen polisi insurans” termasuklah suatu kontrak insurans dalam bentuk bercetak atau elektronik, sama ada atau tidak terkandung dalam atau ditunjukkan oleh suatu surat cara dalam bentuk dokumen polisi insurans, tetapi tidak termasuk suatu nota
P.U. (A) 134 3
perlindungan, dan berkenaan dengan suatu polisi kumpulan, suatu sijil individu yang dikeluarkan di bawah polisi kumpulan itu;
“dokumen sijil takaful” termasuk suatu kontrak takaful dalam bentuk bercetak atau elektronik, sama ada atau tidak terkandung dalam atau ditunjukkan oleh suatu surat cara dalam bentuk dokumen sijil takaful, tetapi tidak termasuk suatu nota perlindungan takaful, dan berkenaan dengan suatu sijil kumpulan, suatu sijil individu yang dikeluarkan di bawah sijil kumpulan itu;
“ejen insurans” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan termasuk rakan kongsi bankasurans;
“ejen takaful” mempunyai erti yang sama sebagaimana ditakrifkan di bawah
Akta
Perkhidmatan
Kewangan
Islam 2013
[Akta 759]
dan termasuk rakan kongsi bankatakaful;
“iklan”
ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau permintaan, sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik (termasuk pada laman sesawang, aplikasi mudah alih, laman rangkaian sosial, rencana blog yang ditaja dan melalui e-mel) bagi maksud memberikan maklumat mengenai suatu produk takaful atau insurans, atau mempromosikan atau menawarkan jualan suatu produk takaful atau insurans, termasuk melalui—
(a)
penyiaran dalam akhbar, majalah, jurnal atau terbitan berkala lain;
(b)
pameran sepanduk, panji-panji, poster atau notis; dan
(c)
pekeliling, surat sebaran, brosur, risalah, lembaran penzahiran produk, ilustrasi produk, ilustrasi jualan atau pemasaran, lembaran maklumat, sebut harga, buku atau dokumen lain,
P.U. (A) 134 4
tetapi tidak termasuk iklan melalui papan iklan, promosi video dalam talian, televisyen, radio, sepanduk dalam talian, alat tulis dan barang promosi;
“bukan institusi anggota” ertinya mana-mana orang selain suatu institusi anggota;
“pengantara” merujuk kepada orang yang terlibat dalam pemasaran dan jualan suatu produk takaful atau insurans dan termasuk broker insurans dan penasihat kewangan tetapi tidak termasuk ejen takaful dan ejen insurans;
“premis” ertinya suatu tempat perniagaan utama, suatu cawangan, suatu tempat perniagaan bergerak, suatu tempat perniagaan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi suatu tempoh terhad sahaja dan mana-mana tempat perniagaan lain di Malaysia yang perniagaan takaful atau insurans dijalankan tetapi tidak termasuk premis ejen takaful, ejen insurans dan pengantara;
“perniagaan insurans” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
“perniagaan takaful” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
“pernyataan gesaan bertindak” ertinya pernyataan dalam bentuk dan kandungan yang ditentukan oleh Perbadanan, bertujuan untuk memaklumkan pembaca berkenaan dengan perlindungan di bawah sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;
“representasi keanggotaan” ertinya suatu representasi dalam bentuk dan kandungan yang ditentukan oleh Perbadanan, berkenaan dengan status sebagai suatu anggota penanggung insurans; dan
“surat-menyurat” termasuk—
(a)
penyata tahunan dan penyata cukai tahunan kepada pemunya sijil atau polisi suatu sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat;
P.U. (A) 134 5
(b)
penyata kepada pemunya sijil atau polisi suatu sijil atau polisi berkaitan pelaburan;
(c)
notis pembaharuan kepada pemunya sijil atau polisi; dan
(d)
apa-apa dokumen lain yang ditentukan oleh Perbadanan.
Am