Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Suatu anggota penanggung insurans hendaklah, pada masa jualan, menzahirkan dan menerangkan kepada bakal pemunya sijil atau polisi, maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1)—
(a)
berhubung dengan sijil atau polisi kumpulan, bakal pemunya sijil atau polisi ertinya bakal pemunya sijil atau polisi kumpulan itu;
(b)
yang berikut hendaklah menjadi masa jualan itu:
P.U. (A) 134 8
(i)
peringkat cadangan dan sebelum suatu sijil takaful atau polisi insurans dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans kepada bakal pemunya sijil atau polisi itu;
(ii)
peringkat cadangan bagi pembelian rider atau manfaat takaful atau insurans tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan; dan
(iii)
apabila terdapat suatu perubahan dalam status perlindungan suatu manfaat takaful atau insurans di bawah sijil takaful atau polisi insurans itu; dan
(c)
tertakluk kepada subperenggan 2(b)(ii)
dan
(iii)
, dan subperaturan 9(1), proses memperbaharui suatu kontrak takaful atau kontrak insurans tidak boleh dianggap sebagai pada masa jualan itu.
Sijil takaful atau polisi insurans sedia ada yang telah dikeluarkan sebelum tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini 9.
(1)
Berhubung dengan suatu sijil takaful atau polisi insurans sedia ada yang telah dikeluarkan oleh suatu anggota penanggung insurans sebelum tarikh kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini (yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini sebagai “Sijil atau
Polisi Sedia Ada”) dan Sijil atau Polisi Sedia Ada itu adalah suatu sijil takaful atau polisi insurans yang boleh diperbaharui setiap tahun, anggota penanggung insurans itu hendaklah menzahirkan dan menerangkan kepada pemunya sijil atau polisi, maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi, pada masa yang berikut:
(a)
pada pembaharuan pertama Sijil atau Polisi Sedia Ada itu;
(b)
selepas pembaharuan pertama, pada peringkat cadangan bagi pembelian rider atau manfaat takaful atau insurans tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
P.U. (A) 134 9
(c)
selepas pembaharuan pertama, apabila terdapat suatu perubahan dalam status perlindungan suatu manfaat takaful atau insurans di bawah Sijil atau Polisi Sedia Ada itu.
(2)
Berhubung dengan suatu Sijil atau Polisi Sedia Ada selain suatu sijil takaful atau polisi insurans yang boleh diperbaharui setiap tahun—
(a)
anggota penanggung insurans hendaklah menghantar suatu penyata pemberitahuan sekali yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans dalam bentuk, kandungan dan dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan kepada pemunya sijil atau polisi, dan hendaklah meminta pemunya sijil atau polisi untuk merujuk kepada Brosur Sistem Perlindungan Manfaat
Takaful dan Insurans di premis atau laman sesawang anggota penanggung insurans itu, atau laman sesawang Perbadanan;
(b)
pemberitahuan kepada pemunya sijil atau polisi yang disebut dalam perenggan (a) itu tidaklah termasuk penyiaran dalam akhbar atau cara komunikasi massa yang lain atau perletakan notis di premis atau laman sesawang anggota penanggung insurans itu; dan
(c)
walau apa pun pengeluaran pemberitahuan yang disebut dalam perenggan (a) dan semasa tempoh Sijil atau Polisi Sedia Ada itu, anggota penanggung insurans itu hendaklah menzahirkan dan menerangkan kepada pemunya sijil atau polisi, maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful atau insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi, pada masa yang berikut:
(i)
pada peringkat cadangan untuk pembelian rider atau manfaat takaful atau insurans tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
P.U. (A) 134 10
(ii)
apabila terdapat suatu perubahan dalam status perlindungan suatu manfaat takaful atau insurans di bawah Sijil atau
Polisi Sedia Ada itu.
Pernyataan gesaan bertindak dalam surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insurans 10.
Suatu anggota penanggung insurans hendaklah memasukkan suatu pernyataan gesaan bertindak—
(a)
dalam surat-menyuratnya yang dikeluarkan kepada pemunya sijil atau polisi; dan
(b)
dalam dokumen sijil takaful atau dokumen polisi insuransnya yang dikeluarkan kepada pemunya sijil atau polisi, dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Bekalan iklan, surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insurans sedia ada 11.
(1)
Suatu anggota penanggung insurans hendaklah mematuhi kehendak peraturan 7 dan 10, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada bekalan iklan, surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insuransnya yang sedia ada.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), suatu anggota penanggung insurans boleh menampalkan suatu cap atau suatu pelekat yang mengandungi suatu pernyataan gesaan bertindak pada mana-mana bekalan iklan, surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insuransnya yang sedia ada.
Ejen takaful, ejen insurans dan pengantara 12.
(1)
Suatu anggota penanggung insurans hendaklah memastikan ejen takaful atau ejen insuransnya—
P.U. (A) 134 11
(a)
mematuhi kehendak perenggan 4(a), peraturan 7, 8, 9, 11
dan apa-apa kehendak lain Peraturan-Peraturan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
(b)
membuat penzahiran yang mencukupi dan tepat bahawa mereka adalah ejen takaful atau ejen insurans anggota penanggung insurans itu dan anggota penanggung insurans itu hendaklah memastikan bahawa ejen takaful atau ejen insurans yang bukan institusi anggota tidak menggambarkan diri mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai seorang anggota Perbadanan.
(2)
Suatu anggota penanggung insurans hendaklah memaklumkan pengantaranya yang berikut:
(a)
pengantara itu hendaklah membuat representasi yang benar, betul dan lengkap berkenaan dengan suatu manfaat dilindungi;
(b)
pengantara itu hendaklah tidak menggambarkan mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai seorang anggota
Perbadanan; dan
(c)
kehendak peraturan 7, 8, 9, 11 dan apa-apa kehendak lain
Peraturan-Peraturan ini sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Latihan 13.
(1)
Suatu anggota penanggung insurans hendaklah melatih ejen takaful, ejen insuransnya dan kakitangannya yang berurusan secara langsung dengan pelanggan atau bakal pelanggan untuk pemasaran atau jualan apa-apa produk takaful atau insurans, mengenai sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi.
P.U. (A) 134 12
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), suatu anggota penanggung insurans hendaklah menyediakan sesi latihan kepada ejen takaful, ejen insurans dan kakitangan itu mengikut kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(3)
Suatu anggota penanggung insurans hendaklah menyediakan sesi latihan kepada pengantaranya mengikut kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Semakan tahunan 14.
Suatu anggota penanggung insurans hendaklah menjalankan suatu semakan tahunan pematuhannya dan pematuhan oleh ejen takaful dan ejen insuransnya dengan peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai semakan pematuhan itu kepada Perbadanan mengikut kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Dibuat 5 April 2022
[PIDM/PN/4/2022; PN(PU2)689/Jld. 7]
TAN SRI DR. RAHAMAT BIVI BINTI YUSOFF
Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Diluluskan 17 April 2022
[MOF.SBM(R)600-41/39/102; PN(PU2)689/Jld. 7]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 209(4)
Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011]
P.U. (A) 134 13
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION
(PROVISION OF INFORMATION ON TAKAFUL AND INSURANCE BENEFITS
PROTECTION) REGULATIONS 2022