Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Selepas semakan semula, Perbadanan boleh mengklasifikasi semula kategori premium suatu syarikat insurans bagi tahun taksiran itu dan dalam hal itu, kadar premium terpakai bagi syarikat insurans itu hendaklah disemak semula sewajarnya.
(2)
Jika Perbadanan memutuskan terdapat perbezaan amaun apa-apa premium yang kena dibayar oleh suatu syarikat insurans, syarikat insurans itu hendaklah membayar kepada Perbadanan, atau Perbadanan hendaklah membayar balik atau selainnya mengkredit ke dalam akaun syarikat insurans itu, perbezaan amaun itu, mengikut mana yang berkenaan.
(3)
Apa-apa keputusan Perbadanan ke atas suatu semakan semula berkenaan dengan suatu syarikat insurans adalah muktamad.
Pemberitahuan keputusan bagi semakan semula