Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) 2023

Seksyen 8

(1)

Selepas semakan semula, Perbadanan boleh mengubah atau meminda keputusan pentaksiran suatu anggota penerima deposit bagi suatu tahun taksiran dan dalam hal sedemikian, kadar premium yang terpakai bagi anggota penerima deposit itu hendaklah disemak semula sewajarnya.

(2)

Jika Perbadanan memutuskan terdapat perbezaan amaun bagi apa-apa premium yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit, anggota penerima deposit itu hendaklah membayar kepada Perbadanan, atau Perbadanan hendaklah membayar balik kepada anggota penerima deposit itu, perbezaan amaun itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Perbadanan ke atas suatu semakan semula berkenaan dengan suatu anggota penerima deposit adalah muktamad.

Pemberitahuan keputusan semakan semula