Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (TEMPOH PENGGANTUNGAN SEMENTARA) 2012
Seksyen 3
Peraturan 2 tidak terpakai bagi suatu perjanjian kewangan yang layak yang ialah―
(a)
suatu derivatif, sama ada diselesaikan melalui pembayaran atau hantar serah, yang diniagakan di suatu bursa, lembaga atau pasaran lain yang dikawal selia bagi derivatif, niaga hadapan atau opsyen;
(b)
suatu perjanjian untuk meminjam atau meminjamkan sekuriti atau komoditi, termasuk suatu perjanjian untuk memindahkan sekuriti atau komoditi yang di bawahnya peminjam boleh membayar balik pinjaman itu dengan menggunakan sekuriti atau komoditi lain, wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, yang dijalankan di bawah model agensi pinjaman pusat;
(c)
suatu perjanjian untuk menjelaskan atau menyelesaikan transaksi sekuriti, niaga hadapan, opsyen atau derivatif; dan
(d)
suatu perjanjian untuk bertindak sebagai suatu depositori sekuriti.
Dibuat 16 November 2012
[PIDM/PN/5/2012; PN(PU2)689/II]
TAN SRI DATUK DR ABDUL SAMAD HAJI ALIAS
Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Diluluskan 26 November 2012
[PIDM/PN/5/2012; PN(PU2)689/II]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 209(4) Akta
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011]
P.U. (A) 432 4
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION
(TEMPORARY SUSPENSION PERIOD) REGULATIONS 2012