Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018

Seksyen 11

(1)

Apa-apa pengambilan ke dalam perkhidmatan Perbadanan hendaklah diiklankan dalam media cetak atau media elektronik.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), iklan itu hendaklah menyatakan, antara lain—

(a)

nama jawatan dan taraf pelantikan;

(b)

butiran gaji;

(c)

kelayakan akademik dan kelayakan lain yang dikehendaki;

(d)

taraf kewarganegaraan pemohon;

(e)

tarikh tutup permohonan; dan

(f)

alamat ke mana permohonan patut dikirimkan.

(3)

Walau apa pun subperaturan (1), Perbadanan boleh menggunakan apa-apa cara lain yang difikirkannya sesuai untuk mengiklankan pengambilan.

Tatacara tapisan