Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(1)
Tiap-tiap calon yang akan dilantik ke dalam perkhidmatan Perbadanan hendaklah mematuhi syarat pelantikan yang berikut:
(a)
calon itu hendaklah diperiksa dan diperakukan sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar; dan
(b)
calon itu hendaklah membuat suatu akuan berkanun di bawah
Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 783] bahawa dia—
P.U. (A) 85 13
(i)
tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
(ii)
tidak pernah dibuang kerja;
(iii)
bukannya penagih dadah;
(iv)
tidak memiliki kewarganegaraan asing;
(v)
bukan seorang bankrap;
(vi)
tidak pernah dibersarakan atas sebab tidak sihat; dan
(vii)
tidak pernah ditamatkan perkhidmatan daripada perkhidmatan awam.
(2)
Perbadanan boleh menentukan apa-apa akuan lain selain akuan yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(b), jika perlu.
(3)
Tiap-tiap calon itu hendaklah menandatangani surat aku janji sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan bahawa dia akan mematuhi Akta Badan-Badan
Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605] dan Perintah–Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan-peraturan dan arahan lain yang berkuat kuasa atas perkhidmatan awam dan yang diterima pakai oleh Perbadanan sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan Perbadanan.
(4)
Perbadanan boleh membatalkan tawaran pelantikan jika calon itu didapati tidak sihat setelah diperiksa mengikut perenggan (1)(a) atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan subperaturan (3).
(5)
Bagi maksud subperaturan (4), mana-mana calon yang telah mula berkhidmat boleh dibayar apa-apa emolumen bagi tempoh perkhidmatannya.
P.U. (A) 85 14
(6)
Bagi maksud pelantikan di bawah subperaturan 6(2), syarat di bawah subperenggan (1)(b)(iv) dan (vii) tidak terpakai bagi calon itu.
(7)
Walau apa pun perenggan (1)(a), Perbadanan boleh mengarahkan pegawai yang sedang berkhidmat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan atau mengemukakan laporan kesihatan yang diperakukan oleh pengamal perubatan berdaftar jika Perbadanan berpandangan bahawa ia perlu bagi perkhidmatan.
Tapisan keselamatan