Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(1)
Tarikh pelantikan seseorang pegawai ke dalam perkhidmatan Perbadanan ialah tarikh dia melaporkan diri untuk bertugas, melainkan ditentukan selainnya oleh Perbadanan.
(2)
Perbadanan tidak boleh menerima mana-mana pegawai yang melaporkan diri untuk bertugas jika pegawai itu belum mematuhi syarat pelantikan di bawah subperaturan 17(1).
(3)
Bagi maksud subperaturan (2), pegawai itu masih tertakluk kepada tempoh maksimum melaporkan diri untuk bertugas sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan dalam surat tawaran pelantikan.
P.U. (A) 85 15
Tarikh pelantikan tetap bagi pegawai sementara